LELAKI AMUK SERANG BAPA DENGAN COTA
JOHOR BAHRU: Seorang bapa meninggal dunia kerana serangan sakit jantung selepas bergaduh dan dibelasah anak sulungnya yang berang dilarang menggunakan motosikal di sebuah rumah di Jalan Laksamana 11, Taman Ungku Tun Aminah di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ketika mangsa, Yahya Mohamad, 58, seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah restoran di sini baru pulang ke rumahnya.
Harian Metro difahamkan, ketika sampai di...

Harian Metro difahamkan, ketika sampai di rumahnya, mangsa dikatakan cuba menenangkan anak lelaki sulungnya yang berusia 22 tahun dipercayai mengamuk dan merosakkan pelbagai barangan dalam rumah.
Difahamkan, anak sulung mangsa itu bertindak demikian selepas ibunya melarang menggunakan motosikal milik adiknya kerana suspek tidak ada lesen memandu.
Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Wan Ali Abu Shahmah berkata, pengawal keselamatan terbabit memarahi anaknya dan akibat kejadian itu berlaku pergaduhan dan mangsa dipukul di kepala dan perut dengan cota milikya.
“Mangsa yang berlumuran darah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini tetapi disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang tadi kerana serangan jantung,†katanya di sini, semalam.
Wan Ali berkata, berikutan itu, pihaknya menahan anak lelaki mangsa yang bekerja di sebuah kilang di sini untuk disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan di rumahnya.
Sementara itu, isteri mangsa, Jumi Mistam, 53, berkataselepas memukul bapanya dengan cota, anaknya berusaha mengambil parang untuk menetak bapanya tetapi dia sempat menghalang.
“Saya terpaksa mendepakan tangan dengan berada di tengah-tengah antara mereka dengan menyuruh anak saya membunuh saya dulu jika mahu membunuh bapanya.
“Tindakan saya berjaya mengendurkan niat anak saya yang kemudian melepaskan parang. Bagaimanapun, dia mencapai kayu golf dan kemudian mengejar dan memukul kepala adik lelakinya yang berusia 21 tahun di luar rumah sebelum ditahan orang ramai,†katanya.
Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Tampoi di sini, hari ini
apelah punya anak...
AiNuL HuLsAiNi
he he heh
"Udep Sare Mati Syahid"