ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.
Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut
yang amat luas - sejauh mata memandang. Di permukaan
laut tersebut Allah telah mencipta satu
Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan
sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata
memandang.
Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad SAW pada bul...
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.
Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut
yang amat luas - sejauh mata memandang. Di permukaan
laut tersebut Allah telah mencipta satu
Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan
sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata
memandang.
Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka
malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan
akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap
dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah
berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.
Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka
seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik
kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada
tubuhnya.
Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan
tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu
malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT
akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi
Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.
Sekiranya sejuta titik air yang gugur
dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta
malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.
Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban
yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan
junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita
akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan
dan rahmat Allah SWT.
Bahawa ruh-ruh di Alam Barzakh bertingkat tingkat sedemikian rupa. Di antaranya ada ruh-ruh yang bertempat di puncak Illiyin di Al Mala'ul A'la. Yaitu tempat para Nabi Shalawatullahi'Alaihim. Di mana kedudukan mereka juga bertingkat-tingkat. Di antaranya ada ruh-ruh yang berada di tubuh burung-burung hijau, yang terbang kian kemari di Jannah sekehendak hati. Mereka adalah ruh-ruh para Syuhada (yang mati syahid), namun tidak seluruhnya. Kerana sebahagian Syuhada ada juga terkurung ruhnya hingga tak masuk Jannah kerana belum melunasi hutangnya. Sebagaimana tersebut dalam "Al-Musnad" dari Muhammad bin Abdillah bin Jahsy yang mengatakan bahawa seorang lelaki mendatangi Nabi dan bertanya: "Wahai Rasulullah, apa yang akan kudapat kiranya aku terbunuh di jalan Allah ?" Beliau menjawab "Al- Jannah". Setelah orang itu berlalu, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam meneruskan "Kecuali kiranya ia masih berhutang. Jibril yang menyuarakan kepadaku sebentar tadi. :-) Wallahu'alam
No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.