Nyamuk `pembunuh' membiak di New Orleans
http://segerausaha.blogspot.com
NEW ORLEANS 10 Sept. - Selepas bandar ini dilanda taufan Katrina pada 29 Ogos lalu, kini penduduk terbabit pula diancam nyamuk pembawa penyakit maut.
Ancaman nyamuk itu merupakan tamparan terbaru bagi New Orleans yang dimusnahkan oleh angin selaju 225 kilometer sejam yang dibawa oleh taufan tersebut.
Ini kerana air toksik yang menenggelami New Orleans telah membiakkan berbilion-bilion ekor nyamuk pembawa viru...
Nyamuk `pembunuh' membiak di New Orleans
http://segerausaha.blogspot.com
NEW ORLEANS 10 Sept. - Selepas bandar ini dilanda taufan Katrina pada 29 Ogos lalu, kini penduduk terbabit pula diancam nyamuk pembawa penyakit maut.
Ancaman nyamuk itu merupakan tamparan terbaru bagi New Orleans yang dimusnahkan oleh angin selaju 225 kilometer sejam yang dibawa oleh taufan tersebut.
Ini kerana air toksik yang menenggelami New Orleans telah membiakkan berbilion-bilion ekor nyamuk pembawa virus demam West Nile yang boleh menyebabkan mangsa lumpuh dan mengalami kerosakan otak.
Selain itu, virus tersebut juga dikatakan akan menyebabkan mereka terkena gigitan nyamuk berkenaan menjadi koma, buta, mengalami kekejangan dan demam.
Justeru, pegawai kesihatan malam tadi memberi amaran bahawa sesiapa sahaja yang berada di zon banjir akan digigit nyamuk itu 200 kali seminit melainkan mereka mengambil langkah pencegah an drastik.
Pasukan penyelamat dan pekerja bantuan memberi amaran kepada orang ramai supaya menggunakan alat penyembur nyamuk dan berpakaian menutup seluruh badan sekali pun dalam cuaca panas.
Keadaan sangat sesuai bagi membolehkan nyamuk membiak kerana tahap kelembapan tinggi dan air bertakung di kawasan yang luas.
``Kita tidak boleh menutup seluruh badan kerana kita akan kepanasan, jadi nyamuk bermaharajalela,'' kata Ketua Entomologi Jabatan Kesihatan Mississippi, Jerome Goddard.
Malam tadi, timbul lagi kebimbangan berlakunya pertumpahan darah apabila ramai penduduk bersenjata yang masih berada di New Orleans berikrar mereka akan bertempur untuk terus menetap di bandar raya ini.
Sesetengahnya berikrar akan bertempur sampai mati jika polis negeri melaksanakan arahan Datuk Bandar, Ray Nagin untuk memaksa mereka berpindah.
Antara 5,000 hingga 10,000 penduduk dipercayai masih berada di bandar raya tersebut, ramai antaranya bersenjata lengkap dan berkurung di tingkat atas rumah mereka.
Seorang pemilik rumah memberi amaran: ``Jika mereka cuba membawa saya keluar, saya bersenjata dan akan bertempur sampai mati.''
Bagaimanapun pasukan keselamatan dengan bantuan pasukan SWAT polis dan helikopter pembedil Apache bersiap sedia untuk menghadapi penduduk yang ingkar dan berbahaya itu. - Agensi
http://segerausaha.blogspot.com
No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.