Bismillahirrohmanirrohim.
MENGAPA manusia ditimpa bala dan bencana? Dalam sebuah hadith diriwayatkan oleh At-Tarmizi dpd. Ali bin Abu Talib, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perakra berikut, maka layaklah mereka ditimpa bala bencana iaitu:
-
Apabila harta rampasan perang diagih-agihkan kpd. golongan tertentu sahaja.
-
Apabila zakat dianggap sbg. kesusahan membayar hutang atau denda.
-
Apabila amanah yang dipertanggungjawabkan dili...
Bismillahirrohmanirrohim.
MENGAPA manusia ditimpa bala dan bencana? Dalam sebuah hadith diriwayatkan oleh At-Tarmizi dpd. Ali bin Abu Talib, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perakra berikut, maka layaklah mereka ditimpa bala bencana iaitu:
-
Apabila harta rampasan perang diagih-agihkan kpd. golongan tertentu sahaja.
-
Apabila zakat dianggap sbg. kesusahan membayar hutang atau denda.
-
Apabila amanah yang dipertanggungjawabkan dilihat sebagai peluang mendapat keuntungan.
-
Apabila suami terlalu mentaati isterinya.
-
Apabila anak derhaka kepada ibu bapa.
-
Apabila teman lebih dimuliakan dpd. ibubapa sendiri.
-
Apabila ramai berbicara keduniaan didalam masjid.
-
Apabila pemimpin sesuatu kaum terdiri dpd. orang yang hina.
-
Apabila seseorang dimuliakan kerana takutkan tindakan jahatnya.
-
Apabila arak menjadi minuman biasa.
-
Apabila lelaki memakai sutera.
-
Apabila artis perempuan menghiburkan lelaki.
-
Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
-
Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu.
-
Apabila orang yang jujur dikhianati dan orang yang suka berkhianat dipercayai.
Maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau perubahan kepada bentuk yang buruk." (HR. At-Tarmizi)
Seandainya kita sama-sama merenungi hadith di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bala bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca dpd. perbuatan mereka sendiri.
p.s.: sama-samalah kita hayati petikan diatas yang diambil dari buku 15 Sebab Turunnya Bala oleh Muhammad al-Khairu Tanjung, 2005.
"berhati-hati dengan air tenang... macam-macam bolih terjadi, tetapi dekatilah orang tenang...sebab ada emas untuk digali".