Alkisahnya, tinggal di dalam sebuah kampung sepasang suami isteri yang telah berumur dengan anaknya yang sedang meningkat dewasa. Si suami ni dipanggil Pak Mat dan isterinya pula Mak Temah pada kebiasaanya. Anaknya pula kita panggil aje la Nina.
Nak dijadikan cerita pada suatu pagi Mak Temah dan anaknya, Nina, sedang sibuk membungkus aneka jenis kerepek untuk dijual. Sedang sibuk membuat kerja tu bersama Mak Temah bersuara, "Karang lepas hantar kerepek ni singgah jap kat kedai tu ye. Bel...
Alkisahnya, tinggal di dalam sebuah kampung sepasang suami isteri yang telah berumur dengan anaknya yang sedang meningkat dewasa. Si suami ni dipanggil Pak Mat dan isterinya pula Mak Temah pada kebiasaanya. Anaknya pula kita panggil aje la Nina.
Nak dijadikan cerita pada suatu pagi Mak Temah dan anaknya, Nina, sedang sibuk membungkus aneka jenis kerepek untuk dijual. Sedang sibuk membuat kerja tu bersama Mak Temah bersuara, "Karang lepas hantar kerepek ni singgah jap kat kedai tu ye. Belikan kuih ke, ape ke..."
"Kalo sempat la mak, ye. Saya nak cepat ni, nak kejar bas pulak sebab nak ke bandar pukul 8.30 ni," jawab Nina yang asyik berfikir agenda-agendanya pada hari tu. Nak ke bandar ni kena cepat, bas tu pulak bukan tentu; kekadang cepat, kekadang lambat. Kerja ada lagi menunggu di pejabat.
Dalam nak cepat-cepat menghantar kerepek yang dah dibungkus tu, Nina ni terlupa pulak nak singgah di kedai membeli kuih yang dipesan maknya. Tambah pulak die tak sempat nak menyambar tudung kepalanya. Karang timbul pulak gosip yang menhangatkan telinga maknya. Sampai kat rumah, Mak Temah bertanya sambil tangannya sibuk mengemas.
"Ada beli kuih, Na?"
" Nina terlupa la mak. Nak cepat-cepat tadi, tak ingat pulak nak singgah."
Mak Temah cepat-cepat mengambil lesung batu, menyiang bawang dan mengambil ikan bilis dari dalam almari. Mak Temah nak menyediakan cekodok masin kegemarannya la tu. Nina nampak ada sedikit mendung di wajah ibunya. Tau dah, cam biasanya maknya dah merajuk.
Nina membiarkan saja maknya melayan perasaan. Sesekali terdengar bunyi lesung batu ditumbuk semacam melepas geram. Kalo orang kampung kata 'membahasa' tu. Tapi Nina buat-buat aje tak reti. Nina dah masak dengan perangai maknya tu. Kalau lagi bercakap lagi menjadi-jadi. Yang elok diamkan aje.
Itulah antara senario yang selalu Nina hadapi. Segala yang dilakukan kena berfikir panjang; mungkin juga ada yang berfikir dia terlalu memikirkan yang remeh-temeh. Tapi bila kita perlu berhadapan dengan situasi menjaga ibu bapa, apatah lagi yang dah berusia, setiap tindakan perlu diambil kira baik dan buruknya. Hati mereka terlalu rapuh, kekadang dengan perkataan atau riak muka sahaja hati itu mudah tersentuh, serpih dan lebur.
Kini kuih yang diidam tadi dah diganti dengan cekodok masin. Tapi mungkin ada sedikit kemarahan dan serpihan hati dalam membuatnya. Sikit aje cerita dah boleh buat ibu bapa kita berkecil/terasa hati, kan? Kekadang kalo diimbas cerita 'Batu Belah Batu Bertangkup' tu ada sinonimnya dalam kehidupan kita sehari-hari kan? Tak la sampai nak gi kena telan pulak, cuma kalau sebagai anak, kita kena banyak sabar. Kesabaran yang sukar ditafsirkan dengan perkataan.
Diam itu lebih baik. Betul la kata-kata Rasulullah, sebab adakala semakin banyak bercakap semakin buruk jadinya walaupun sebenarnya kita berhajat nak membaiki keadaan. Just make it sweet n simple.
"Mak, Na nak gi dah ni. Em... sedap pulak cekodok ni bila makan panas-panas. Lagi sedap daripada kuih kat kedai tu rasanya," Nina bersuara memecah suasana yang sepi sejak tadi.
Mak Temah menoleh sedikit dari asyiknya menikmati teh panas. Masih ada sedikit rajuk yang bersisa dari jelingan mata Mak Temah.
"OK mak, Na pegi tunggu bas dulu ye. Jangan selalu merajuk, nanti beria kita kena buat botox pulak," sambil bersalam dan mencubit manja pipi ibunya Nina bersuara.
Langkah Nina diiring pandangan Mak Temah. Sejuk sedikit hati dengan keletah anaknya kerana dialah racun dialah penawar.
~ Setiap detik, kita semakin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jualah, kita semakin dekat menghampiri akhirat ~