sunquick
sunquick
20 years
3963 views

wuduk bagi orang yang sakit

Assalamualaikum...

Saya ingin bertanya, bagaimana caranya hendak mengambil wuduk bagi pesakit yang tak mampu berjalan atau bergerak ke tempat mengambil wuduk?
3 comments
Share this post

Comments (3)
sausan
empunya diri yang berniat wuduk, kita tolong jiruskan jea.... "Kata aku, Tuhan akan menunjukkan
kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu mencari, Dia menunjukkan"
20 years
sunquick
terima kasih pada yg sudi menjawab. sepertidi perkara no:6, kita boleh meminta bantuan seseorang untuk mengambil wuduk, jadi disini say nak tanya, niat nya macammana? org yang membantu yang membaca niat atau yang empunya badan tu sendiri? harap dapat membantu.
20 years
sausan
1. Bagi yang dapat berwuduk seperti orang yang sihat, hendaklah dia melakukannya.

2. Bagi yang mengalami kecederaan di mana-mana bahagian anggota wuduk, hendaklah diperhatikan beberapa perkara:
i. Sekiranya kecederaan itu tidak mudarat jika terkena air, maka hendaklah dilakukan ibadat wuduk tersebut sebagaimana biasa.
ii. Jika kecederaan itu tidak boleh terkena air dan ianya memudaratkannya, maka terdapat dua keadaan:
Pertama: Sekiranya tempat kecederaan itu tidak dibalut, hendaklah seseorang pesakit tadi - semasa mengambil wuduk sebagaimana biasa - menjaga supaya air tidak terkena tempat tersebut, sementara bahagian yang tidak boleh terkena air wuduk tadi, pesakit itu hendaklah melakukan tayammum sebelum berpindah ke anggota wuduk yang lain.

Kedua: Sekiranya ianya dibalut, maka ambillah wuduk dahulu mengikut peraturannya sehinggalah sampai kepada anggota yang cedera tadi laIu dilakukan tayammum sebelum berpindah ke bahagian wuduk yang lain.

3. Bagi yang tidak dapat melakukan wuduknya sendiri, hendaklah diminta seorang yang lain mewudukkannya walaupun dengan diminta bayaran di atas pertolongan tadi.

4. Sekiranya tiada yang menolong, maka jika pesakit dapat bertayammum hendaklah dilakukannya dan dikerjakan sembahyang seperti biasa, apabila sembuh hendaklah diulangi (i'adah) semula sembahyang tadi.

5. Jika pesakit tidak dapat juga bertayammum, maka hendaklah dia mengerjakan sembahyang dengan keadaan tersebut dan apabila sembuh nanti hendaklah dia mengulanginya (sembahyang).

ii) Jenis-jenis penyakit dan cara berwuduk

1. Buasir: Apabila masuk waktu sembahyang, hendaklah pesakit menyucikan dahulu kemaluannya, kemudian diletakkan kain
atau sebagainya padanya bagi menghalang najis dan meleleh atau terkena pakaiannya, setelah itu ambillah wuduk dengan cara biasa dan terus dikerjakan sembahyang dengan segera. Apa-apa yang terkeluar dari kemaluan semasa sedang berwuduk atau sembahyang, ianya tidak merosakkan ibadat tadi dan tidak perlu lagi diulangi solat tadi.

2.Dedas (air kencing yang sentiasa terkeluar) Caranya sama dengan masalah buasir di atas.

3. Darah istihadah (darah penyakit bagi wanita): Caranya sama seperti di atas.

4. Pemakaian wayar di dalam saluran najis yang tidak boleh dicabut dan disambungkan dengan bekas najis:
Sekiranya kemaluan dan bekas najis itu boleh dibersihkan, maka hendaklah dibersihkan dahulu sebelum mengambil wuduk, kemudian ambillah air sembahyang sebagaimana biasa dan kerjakanlah sembahyang, sekiranya salah satu atau beberapa perkara yang tersebut di atas tidak dapat dilakukan, maka hendaklah dibuat sekadar yang termampu.

5. Pemakaian jarum bagi memasukkan ubat yang diletakkan di tangan: Sekiranya tidak dapat dibuang plasternya, maka apabila hendak mengambil wuduk hendaklah membasuh bahagian tangan yang elok dengan air tersebut, menyapukan air di atas plaster tadi serta bertayammum dan sempurnakan wuduk lalu menunaikan sembahyang seperti biasa. Sembahyang yang dikerjakan itu hendaklah diulangi kembali setelah sembuh kerana balutan tersebut berada pada anggota tayammum.

6. Penyakit yang menjadikan pesakit tidak berupaya Iangsung untuk bergerak (seperti yang ditebuk pada leher atau perutnya dan sebagainya): Sekiranya boleh diminta bantuan dan seseorang yang boleh mewudukkannya atau mentayammumkannya (sekiranya tidak boleh terkena air) pada setiap kali mengambil wuduk walaupun dengan member bayaran kepadanya, maka itulah yang terbaik. Sekiranya tiada yang boleh membantu, maka hendaklah ditunaikan sembahyang tanpa wuduk atau tayammum kerana menuruti penintah Allah s.w.t. dan menghormati waktu sembahyang.
Sekiranya dia berdaya untuk mengulangi sembahyang tadi selepas sembuh dan penyakit tersebut, maka adalah terlebih baik baginya untuk berbuat demikian, jika tidak terdaya maka tidak perlulah diulangi lagi ibadat tadi.

7. Anggota wuduk yang dipotong: Sekiranya sebahagian anggota itu masih ada, hendaklah diwudukkannya seperti biasa (sebagai contoh: Tangan yang dikerat separuh, separuh lagi hingga ke siku masih ada, maka hendaklah dibasuhkan yang baki tadi), tetapi jika tidak ada langsung (kaki yang dikerat sehingga ke betis) maka anggota selepasnya tidak wajib diwudukkan tetapi sunat dikenakan juga air wuduk.

8. Memakal balutan, simen, plaster dan sebagainya:
Sekiranya balutan itu tidak boleh ditanggalkan wajiblah dia membasuh anggotanya yang baik dan menyapu air ke atas tampalan atau balutan tersebut, bertayammum sebagai ganti sebahagian anggota di bawah tampalan atau balutan yang air tidak sampai kepadanya. Jika balutan itu pada anggota tayammum sepenti sebahagian tangan atau muka sahaja maka hukum tayammum pada balutan tersebut adalah sunat.

Hukum sembahyangnya: Ianya tertakluk kepada tiga keadaan wajib diulangi sembahyang dan dua keadaan yang tidak wajib diulangi sembahyangnya:

"Kata aku, Tuhan akan menunjukkan
kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu mencari, Dia menunjukkan"
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.