Alongyatie
Alongyatie
19 years
1308 views

Berita Al Lail...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah along telah melawat al lail pada petang jumaat lepas..

along sempat berbual dengan ummu dan ayah al lail..TABAH SUNGGUH DIRIMU UMMU N PAKCIK DENGAN DUGAAN INI..

Saat kaki melangkah masok wad ICU..kaku sebentar tatkala melihat wajah sahabat di atas katil..berkeadaan separuh sedar dan apabila nama dipanggil mata dan genggaman tangan menjadi penghubung..erat genggaman tangan se eratnya umpama sahabat tidak sakit..

Air mata menitis laju ibarat hujan di tanah gersa...
3 comments
Share this post

Comments (3)
Mami Ros
Assalammualikum wbt,

Mami sempat melawat al-lail bersama puterarindu dan yus anggerik. Alhamdulillah keadaannya mudah nampak perubahan. walaupun dalam kepayahan dia mampu mengenali sahabat yang datang melawat.

Dalam waktu mengeletek kakinya supaya dia sedar , terdengar suara jururawat memanggil dokter bertugas. Bergegas gegas mereka bekejar-kejar menolong pesakit yang tetiba kebiru-biruan. Allah maha pengasih dan penyayang, Dia ingin mengambil kembali hakNya. Sanak saudara menangis terisak isak..

Dalam keriuhan , pengawal datang menyatakan pelawat tidak dibenarkan melawat melebihi 2 orang, kami hanya memohon maaf dan beransur. Tapi kenapa dia tidak menegur kumpulan yang sedang menangis itu.. apa mereka itu lebih dari 10 orang boleh dibenarkan...

Tugasan yang agak berat untuk dilaksanakan..

Qul rabi riqni ilman ~~ "Katakanlah : Ya Tuhanku, tambahilah untukku ilmu."
19 years
mirzamohd
doa dipanjat ke hazrat Illahi agar Al-Lail terus tabah & memperoleh taufiq serta hidayah Allah....

moga beliau kembali sihat...insya Allah..
AlFakirWalMiskin....LillahiTaala.................
www.baitulummah.com
19 years
kasutcute
InsyaAllah Kalau tak ada aral melintang...
ptg ni nak melawat sahabat kite.

pada yang tak ada apa2 aktiviti ptg ni...
jom lah kita ke Hospital
19 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.