The Aquarizan
The Aquarizan
19 years
1708 views

SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

Pada awal abad ke 21, masyarakat Islam dikejutkan dengan kemuculan penulis dan individu yang diyakini telah cuba menulis atau membuat kenyataan secara sedar, jelas dan berterusan dengan niat dan tindakan untuk menghina Islam. Mereka cuba memberi gambaran Islam yang salah dengan mengikuti pandangan peribadi mereka semata-mata tanpa dirujuk kepada asas-asas kaedah dan disiplin ilmu pentafsiran Al-Quran dan Al-Hadith yang betul dari persepakatan ulama’ yang mu’tabar (yang diterima pak...
3 comments
Share this post

Comments (3)
The Aquarizan
asm kengkawan semua...Malaysia ni dah menjadi kebiasaan suka buat publisiti, Islam Hadhari tuh mungkin adalah satu nama atau olokkan yang diberi oleh pemimpin yg mungkin mereka sendiri tak paham (mana taknya, teks ucapan pun org lain yang tulis), jadi perkara ini tersebar bila ianya dipublisitikan oleh media (yang pro kerajaan) tanpa apa2 meaning untuk dipahami.

Ini pun dah dikira, memesongkan???
19 years
insan
ana pun rasa demikian,pihak atasan kita seakan membutakan mata tentang apa yang berlaku dalam negara terutama yang berkaitan dengan isu agama islam yang kita sanjung ini,mungkin ini yang cuba diketengah kan oleh dasar islam hadhari,adake cuba ketepikan tafsir klasik yang dikatakan zaman kuno dan cuba ketengah tafsir zaman sekarang,yela zaman sekarang kan,hiburan lebih penting.ana pun pelik camner islam hadhari nih leh wujud,barangkali 'diorang' fikir masa allah mewahyukan islam kpd rasul atau nabi, lupa nak letak hadhari kan blakang tuh....ntahla,ana rasa negara kita ni nama jer negara islam,tapi hiburan nombor 1..
19 years
luvillahi
Salam ceria...
Tahniah! di atas keperihatinan saudara terhadap negara Islam (Malaysia) yg di sayangi. Cuba kita renungkan apa yg telah disampaikan oleh nabi Muhammad SAW, daripada hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya:Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula.

Telah terang lagi bersuluh bahawa Dr. Kassim Ahmad(ulama bissu') dan sekutu-sekutunya memang mahu mengkucar-kacirkan Islam. Tapi apa tindakan org atasan atau pemimpin Islam Hadhari ambil tindakan untuk menyekatnya? Malah membiarkannya sahaja kerana ini negara demokrasi. Ana cukup takut pemerintah seperti Kamal Attartuk akan lahir semula. So kita sebagai umat yang sedar jgn ambil fatwa yg diterima tanpa usul periksa. PK2lah mengikut hati nurani bukan ikut lojik akal.

~tammat kalam~ Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
<Illahi anta maqsudi, waridaka matlubi>
19 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.