Jangan lupa set alarm pada handphone anda, 16 JULAI ( 5.28
PETANG)jatuh pada hari Ahad.
SEMAKAN ARAH KIBLAT
MELALUI KAEDAH ISTIWA' MATAHARI DI KA'BAH
28 MEI (5.16 PETANG) & 16 JULAI ( 5.28 PETANG)
APAKAH ITU ISTIWA' MATAHARI?
Istiwa utama matahari atau istiwa A'zam di Ka'bah merupakan fenomena di
mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa.
Peristiwa ini akan berlaku dua kali dala...
Jangan lupa set alarm pada handphone anda, 16 JULAI ( 5.28
PETANG)jatuh pada hari Ahad.
SEMAKAN ARAH KIBLAT
MELALUI KAEDAH ISTIWA' MATAHARI DI KA'BAH
28 MEI (5.16 PETANG) & 16 JULAI ( 5.28 PETANG)
APAKAH ITU ISTIWA' MATAHARI?
Istiwa utama matahari atau istiwa A'zam di Ka'bah merupakan fenomena di
mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa.
Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut
isiwa matahari (mel syams) akan bersamaan engan nilai latitud Mekah, di
mana Ka'bah terletak. Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang
objek
tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka'bah. Fenomena ini
merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah
kiblat dari
tempat-tempat lain di muka bumi.
PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :
-
Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah
lapang.
-
Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya
boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
-
Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar
matahari.
-
Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila
rujuk
waktu SIRIM (contoh: Waktu di televisyen)
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
-
Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah
kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan
ketepatan arah kiblat.
-
Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila
betulkan
mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan
Mufti
Negeri Selangor.
-
Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, bay ang
tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang
menghadap ke arah barat.
PENENTUAN DAN PENYEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI FENOMENA ISTIWA' UTAMA
MATAHARI DI KA'BAH
ULASAN :
Istiwa' utama matahari di Ka'bah (istiwa a'dzam) merupakan fenomena
dimana
matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa
(matahari
berada tepat di atas Ka'bah). Di Malaysia, fenomena ini berlaku 2 kali
dalam setiap tahun iaitu pada:-
-
28 Mei 2006 (5.16 petang)
-
16 Julai 2006 (5.28 petang)
Bagi masyarakat umum atau imam/nazir masjid dan surau boleh
memanfaatkan
fenomena ini untuk menyemak dan menentukan arah kiblat samada di rumah,
masjid atau surau dan mana-mana tempat sembahyang. Caranya ialah :
-
Dirikan satu objek lurus seperti tiang, sebaik-baiknya di tanah
lapang.
-
Ketika Istiwa' matahari berlaku, bayang objek
tegak (yang berlawanan) akan menunjukkan arah kiblat.
-
Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di
Malaysia,
maka bayang tiang akan jatuh ke arah timur, oleh itu bayang yang
menghadap ke arah barat (Ka'bah)
merupakan arah ke kiblat.
- Setelah semakan dibuat dan jika terdapat sebarang
pembetulan, sila berhubung dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

semoga hari ini lebih baik dari semalam..