Kebaikan adalah sebaik namanya di mana keramahan itu seramah wajahnya dan keikhlasan adalah sesuci rupanya. Mereka yang berbuat kebaikan adalah orang yang akan mendapat manfaat terhadap apa yang telah mereka lakukan. mereka jugalah yang akan merasakan lapang jiwa, tenang, tenteram dan damai. Berbuat baiklah jika anda merasa kegelisahan, kebimbangan, pasti anda akan beroleh ketenangan. Tidak sukar membuat kebaikan, sekadar senyum, sedekah atau membaca Al-Quran sudah cukup membangunkan keinsafan d...
Kebaikan adalah sebaik namanya di mana keramahan itu seramah wajahnya dan keikhlasan adalah sesuci rupanya. Mereka yang berbuat kebaikan adalah orang yang akan mendapat manfaat terhadap apa yang telah mereka lakukan. mereka jugalah yang akan merasakan lapang jiwa, tenang, tenteram dan damai. Berbuat baiklah jika anda merasa kegelisahan, kebimbangan, pasti anda akan beroleh ketenangan. Tidak sukar membuat kebaikan, sekadar senyum, sedekah atau membaca Al-Quran sudah cukup membangunkan keinsafan dan kedamaian hati. perbuatan baik bukan sekadar memberi manfaat kepada yang melaukannya, malah orang disekelilingnya turut merasakannya. Kesuraman wajah merupakan tanda permusuhan di antara orang lain dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Seteguk air yang diberikan oleh seorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat menghasilkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi; bukti Allah Yang Maha Pemaaf, Maha Baik dan mencintai kebaikan.
ana