Hairyna Batrisya
Hairyna Batrisya
19 years
1072 views

Bagaimana nak berfikiran positif....bantu ek...

Walaupun dah setahun berlalu....namun kesan yang tinggal akibat kecurangan suami masih tebal dan mendalam...biarpun hb dah menyesal dan sedar kesilapannya dan saya telah memaafkan dia...dan memang dalam setahun nie nampak jelas hb dah berubah dan insaf....namun di fikiran saya nie masih lagi memikirkan ya atau tidak perubahan yang dia lakukan...adakah semata2 untuk mengaburi mata...atau memang benar dia berubah?...walaupun saya dapat rasa dia memang benar2 berubah...
Harap rakan2 mymasjid dapat ...
6 comments
Share this post

Comments (6)
mirzamohd
salam....

berbaik sangka lah kepada orang yang telah berubah...
beri sokongan anda....
berhati-hati tapi jgn sampai melampau sehingga boleh menyebabkan kebosanan timbul...

bykkan berdoa ke hazrat Allah...

insya Allah...selamat

wasalam
AlFakirWalMiskin....LillahiTaala.................
www.baitulummah.com
19 years
wardah
Akum...

Saya doakan semoga puan tabah dalam menghadapai dugaan Allah swt...

Puan, saya setuju sebagaimana kata Asis...ttg 2 teorinya itu. Lihatlah...renunglah dalam matanya...lihat reaksinya..anda akan dapat merasakannya.

Memberikan kemaafan itu amat mudah, tpi mampukah mereka menghargainya. Berdoalah mudah-mudahan, suami anda benar2 ikhlas dan insaf, dan semoga Allah swt. melimpahkan ketenangan dan kebahagian dalam rumahtangga anda. Amin....
19 years
Jasni
Yang sudah tu sudah la.. fikirkan bagaimana nak menempuh hari akan datang.. rancang kehidupan dangan baik, muhasabah diri. tengok kelemahan yang dulu dan baiki, insyaallah kita akan bahagia.
19 years
Fadzilah Husin
Asalamualaikum...Puan Hairyna

Itulah lumrah dugaan badai berumahtangga...eloknya2 yang dah berlalu itu biarkan berlalu.Memang senang nak saya berikan berbagai2 cara ingin positif tetapi kena ingat Puan...sentiasalah berdoa agar selepas ini rumahtangga puan didalam keadaan aman.Semuanya dari dalaman Puan jika Puan ingin perubahan bak kata Ashiqin...Maafkan lah...walaupun pahit tetapi ianya benar!sebab semua dugaan dan cubaan hidup akan datang selagi kita dinamakan manusia. Apatah lagi kita sebagai penumpangnya sahaja. Salam Ukuwah
19 years
Asis the Gladiator
wahai puan puan ryna.........

saya ada dua teori...

1. mungkin dia buat perlakuan dia benar tapi tak ikhlas (takut daa)

2. mungkin perlakuan dia benar dan ikhlas. (taubat daa)

yang membezakan 2 teori ini satu saja.......lihat mata dia.....

keikhlasan hanya dapat diterangkan dari mata....no other proof...

kalau nak tau lebih lanjut....tanya
19 years
Ashiqin Bakar
salam
saya orang baru disini. hanya nak cuba-cuba sembang
saya rasa pengalaman pahit yang pernah puan alami menyebabkan puan selalu merasa sangsi dan mungkin buruk sangka kepads suami puan. mungkin juga puan sebenarnya ingin 'membalas dendam' pada suami puan kerana telah menyakitkan hati puan. puan sendiri tahu semua tu adalah perkara-perkara negatif dan perlu dibaung jauh-jauh. jika pn pernah mendengar satu topik dari Datuk Fadhilah Kamsah(ada dalam forum ni), sentiasalah memaafkan semua orang terutamanya suami pn. sebelum tidur berdoalah kepada Allah mohon keampunan dan maafkan semua orang yang kita sayang, suami, anak-anak, ibu bapa kawan-kawan. setiap kali pn rasa sangsi atau buruk sangka dgn suami, pn akan rasa sedih dan marah...berselawatlah banyak2 supaya perasan tu dibuangkan dan tak terbawa-bawa bila jumpa suami. perassan negatif tu memang dari hasutan syaitan jadi ingatlah Allah selalu untuk mendpt pertolongan.
satu lagi, suami puan pasti amat menghargai ketabahan dan kesabaran hati pn dgn masih dapat menggembirakan keluarga dan dirinya walaupun dia pernah menyakiti hati pn. maafkan suami pn sepenuhnya... wassalam
19 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.