Wanita Berwuduk Ketika Dalam Haid?
Apakah hukum bagi wanita berwudhuk ketika dalam haid?Adakah dibolehkan jika niat hanya untuk bersuci dan dijauhi syaitan? Saya pernah terbaca dibolehkan untuk mengambil wuduk dengan tujuan tersebut. Bolehkah disertakan apa-apa yang dikatakan sahih?
Terima kasih.
Terima kasih.
4 comments
Comments (4)
Bukannya apa. Dah terbiasa berwuduk sebelum tidur. Jadi, rasa tak selamat kalau tidur tanpa wuduk. Ada dalil (dsbnya) tak yang mengatakan boleh?
19 years
Buat pa nak wuduk masa haid.. tak dak faedahnya. zikir dan doa lebih baik buat..tak payah pun wuduk. Kalau nak wuduk tunggu tak dak haid, Kalau kita sentiasa berada dalam berwuduk setiap masa.. dijamin surga dan seri wajah serta awet muda. tak payah beli bahan jaga muka mahal mahal.
19 years
Pada aku tak salah,berwudhuk bukan untuk sembahyang,kalau kita rasa nak marah kan digalakkkan amik wudhuk utk redakan marah jadik apa salahnya. Begitu juga dalam haid, jika kita hendak berzikir, dibolehkan...dengan niat "sahaja aku berzikir kerana Allah Ta'ala" (ini seorang kwn aku dari Kelantan ajar).
AllahuAlam..
Jika ader pendapat lain silakan kita semak sama2.
AllahuAlam..
Jika ader pendapat lain silakan kita semak sama2.
19 years
Menjaga wuduk bukanlah bermaksud menjaga air sembahyang semata-mata. tapi banyak yang tersirat disebalik perkataan wuduk itu. Nabi sentiasa menjaga wuduk iaitu dengan menjaga FEQAH,TASAWUF dan TAUHIDnya. Sebab itu nabi mengambil wuduk 3x basuhan untuk menyempurnakan 3 perkara tadi.
Wuduk dengan air jika mengikut fekahnya untuk membersihkan diri dari debu2 dan kekotoran yang melekat pada anggota badan.
Wuduk dengan menjaga diri daripada segala sifat mazmumah jika mengikut tasawufnya. Iaitu tidak melakukan perkara yang dikira maksiat.
Wuduk dengan sentiasa menyucikan sifat AlLah adalah dari segi tauhidnya. Iaitu sentiasa mengESAkan AlLah setiap masa.
Semua amal hendaklah disertai dengan ilmu. Barulah amalan tadi dikira sebagai ibadah.
Sempurna harta kerana amalnya,
Sempurna amal kerana ilmunya,
Sempurna ilmu kerana niatnya,
dan sempurna niat kerana lilLahitaala.
~Tammat kalam~ Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
<Illahi anta maqsudi, waridaka matlubi>