Seperti yang saya janjikan, berikut adalah kisah teguran ulama' tafsir agung, Sufian al-Thawri terhadap seorang Khalifah dizamannya yang boros membelanjakan harta negara (saya tidak ingat nama khalifah tersebut: seingat saya, beliau ialah Malik bin Marwan, netters boleh rujuk kitab Akhlaquna al-ijtima'iyyah (akhlaq kita dari sudut sosiologi) oleh al-marhum Mustafa Siba'i.
Diriwayatkan bahawa Sufian al-Thawri dan khalifah ini adalah dua orang sahabat baik sebelum beliau menjadi khalifah. Sete...
Seperti yang saya janjikan, berikut adalah kisah teguran ulama' tafsir agung, Sufian al-Thawri terhadap seorang Khalifah dizamannya yang boros membelanjakan harta negara (saya tidak ingat nama khalifah tersebut: seingat saya, beliau ialah Malik bin Marwan, netters boleh rujuk kitab Akhlaquna al-ijtima'iyyah (akhlaq kita dari sudut sosiologi) oleh al-marhum Mustafa Siba'i.
Diriwayatkan bahawa Sufian al-Thawri dan khalifah ini adalah dua orang sahabat baik sebelum beliau menjadi khalifah. Setelah beliau menjadi khalifah, beliau menjemput Sufian tinggal berhampiran istananya supaya dapat memberikan khidmat kepada beliau selain dari meneruskan tugasnya sebagai seorang ulama' tafsir di kala itu. Sufian menolak tawaran ini dengan baik dan berkata: andainya aku mendekati engkau dan makan gaji dengan engkau, adalah sukar untuk aku menegur kamu sekiranya kamu melakukan kesilapan.
Beliau melakukan pendekatan yang diajarkan oleh Islam kepadanya iaitu apabila ulama mendampingi umara' (pemerintah-pemerintah) dan duduk di bawah ketiaknya, maka kebinasaan akan muncul kerana ulama' tidak dapat menegur umara' tadi (kerana terhutang budi, segan atau sebagainya) tapi apabila umara' mendampingi ulama' maka negara akan sejahtera kerana umara' tadi mentadbir negara dgn. nasihat dari ulama'.
Khalifah menerima penolakan tawaran Sufian ini dgn. baik. Lalu kedua-duanya meneruskan persahabatan, tapi berlainan tugas: seorang sebagai amir (pemerintah) dan seorang lagi sebagai allamah (ulama' agung).
Tiba pada suatu ketika, Sufian mendapati khalifah telah begitu boros dalam perbelanjaan mentadbir negara. Beliau membina bangunan yang tinggi-tinggi di lereng-lereng gunung dan di puncak bukit sebagai tanda kemakmuran negaranya. Melihat tindakan ini sebagai suatu tindakan yang boros, maka Sufian bertindak untuk menegur khalifah dalam satu khutbah Jumaat yang beliau sampaikan.
Beliau membacakan ayat dalam surah as-Syuara: 128-130 yang
bermaksud:
Apakah kamu membina di tanah-tanah tinggi (gunung atau
bukit) bangunan yang begitu besar supaya kamu dapat berbangga-bangga dengannya? Dan kamu memahat bukit-bukau untuk kamu bina istana dan kubu seolah-lah kamu akan kekal di dalamnya?
Dan apabila kamu menyiksa, kamu menyiksa sebagai seorang yang amat bengis lagi kejam?
Kemudian Sufian menuding jarinya kepada khalifah yang juga berada di dalam masjid tersebut. Beliau berkata yang kurang lebih maksudnya: Dan kamu wahai khalifah, kamu telah melakukan tindakan ini, kamu seperti kaum Ad yang Allah gambarkan dalam ayat di atas, kamu boros, kamu membelanjakan harta negara untuk bermegah-megah, kamu tidak melakukan ini untuk mendapat keredhaaan Allah. Aku menyelar tindakan kamu ini dan menganggap tindakan ini adalah tindakan yang salah dalam memerintah negara, sedangkan kamu telah diberikan amanah oleh Allah untuk membuat islah kepada rakyat di bawah pimpinan kamu.
Apa yang menarik untuk diulas di sini ialah khalifah yang
menerima tempelakan dari ulama' ini menangis teresak-esak dan menginsafi kesilapan yang beliau lakukan dan di akhir solat Jumaat beliau tampil ke hadapan dan memohon maaf dari Sufian, berterima kasih kepadanya kerana memberikan teguran kepadanya, menyedarkan beliau akan keterlanjurannya dan berjanji akan membetulkan kesilapannya itu (sila rujuk kitab tersebut untuk verify maklumat ini).
Untuk maklumat netters, ayat ini diturunkan kepada umat nabi Hud a.s. , yang memang terkenal dengan kehebatan seni bangunan yang indah-indah.
Namun, kisah al-Qur'an itu boleh manjadi teladan kepada umat hari ini seperti yang Allah sebut dalam al-Qur'an: "sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu iktibar bagi mereka yang mahu befikir". Dan inilah yang cuba dilakukan oleh Sufian al-Thawri.
Rumusan yang kita boleh petik dari kisah ini dalam urusan
pentadbiran negara kita ialah apabila pihak umara' bersedia untuk mendampingi dan mendengar nasihat dari para ulama', maka insya Allah satu pemerintahan yang amat sejahtera akan berlaku dan kemakmuran negara akan dapat dicapai, insya Allah kerana ia mendapat keredhaan Allah.
Begitu juga untuk menentukan kesetabilan pemerintahan sesebuah negara, ulama' haruslah berani menyatakan kebenaran kerana mereka adalah mutiara yang Allah taburkan di atas muka bumi ini untuk mengajak manusia, termasuk pemerintah sendiri, kepada kebenaran dan meninggalkan kemaksiatan. Ulama' harus ingat bahawa untuk menegakkan kebenaran itu, mereka harus menerima resiko. Ibn Taimiyyah, umpamanya, yang diberi gelaran mujaddid
dan sheikhul Islam kerana usaha beliau membawa semula umat
kepada ajaran Islam dan meninggalkan khurafat yang telah
berleluasa di zamannya, tidak melalui jalan mudah untuk
dianugerahkan gelaran ini. Beliau dipenjara, dicerca dan dicemuh, dicampak ke dalam perigi buta, tidak kurang juga diumpan dengan wang dan harta, namun beliau tetap thabat (tetap pendirian) dalam usaha yang beliau lakukakan. Walaupun beliau telah tiada hari ini, tapi pancaran mutiara kebenaran yang beliau bawa masih dimanfaatkan oleh umat Islam hingga ke hari ini dan akan datang,Insya Allah.
Semuga Allah menunjukkan kita ke jalan yang benar.
Wallahu a'lam.
----------------------
Hassan Basri AM Dahan
Dept. of IMES
University of Edinburgh
Qul rabi riqni ilman ~~ "Katakanlah : Ya Tuhanku, tambahilah untukku ilmu."
power la mami. atikel mami.. saya dok belajar pun macam tu jugak.. sebab tu ulamak mazhab kata haram ulama terima gaji dari pemerintah kecuali iman shafie kata harus dengan syarat berani tegur perkara yang benar terhadap pemerintah.