“Ya Ali jauhilah sengketa kerana itu akan menghapuskan amalan2 engkau..
“Ya Ali janganlah engkau herdik org yg datang meminta pertolongan sekalipun ia dating dgn menunggang kuda dan berilah dia, kerana sedekah itu lebih dahulu jatuh ke tangan ALLAH (utk diberi pahala) sebelum jatuh ke tangan peminta.
“Ya Ali segeralah bersedekah kerana bala bencana itu tidak bias melangkah mendahului sedekah.
“Ya Ali jadilah engkau org yg berbudi luhur, kerana dengan itu engka...
“Ya Ali jauhilah sengketa kerana itu akan menghapuskan amalan2 engkau..
“Ya Ali janganlah engkau herdik org yg datang meminta pertolongan sekalipun ia dating dgn menunggang kuda dan berilah dia, kerana sedekah itu lebih dahulu jatuh ke tangan ALLAH (utk diberi pahala) sebelum jatuh ke tangan peminta.
“Ya Ali segeralah bersedekah kerana bala bencana itu tidak bias melangkah mendahului sedekah.
“Ya Ali jadilah engkau org yg berbudi luhur, kerana dengan itu engkau akan mencapai darjat org yg melakukan ibadah puasa dan org yg melakukan ibadah sembhyang malam.
“Ya Ali jauhilah kemarahan kerana setan menguasai anak cucu adam dalam keadaan marah.
‘YA Ali jauhilah olok-olok kerana hal itu akan menghilangkan kehebatan anak cucu adam dan kesungguhannya.
“Y Ali bacalah QUL HUALLAHU AHAD kerana itu mencegah kefakiran. Dan jauhilah pula riba kerana padanya terdapat 6 perkara, 3 di dunia dan 3 lagi di akhirat. Adapun di dunia ia akan cepat memusnahkan harta benda, melenyapkan kekayaan dan menghapuskan rezeki..manakala di akhirat ia akan membawa buruk perhitungan (hisab) ,kemurkaan Tuhan Azzawajalla dan kekal dlm neraka.
“Ya Ali apabila engkau masuk ke rumah mu maka ucapkanlah salam kpd kluarga rumahmu.
“Ya Ali cintailah kaum fakir miskin nescaya Allah cinta pula kepadamu.
“Ya Ali janganlah engkau bentak fakir miskin nescaya engkau akan dibentak pula oleh Malaikat pada hari Kiamat.
‘Ya Ali janganlah engkau abaikan sedekah kerana ia akan menolak kejahatan dari mu.
“Ya Ali keluarkanlah infak hartamu dan berilah kelapangan terhadap familimu dan janganlah khuatir terhadap Tuhan yg memiliki Arasy bhwa ia akan menyediakan kurniaNYa terhadapmu.
“Ya Ali janganlah marah bila dikatakan kpdmu : ITTAQILLAH (takutlah kpd ALLAH), maka hal itu akan membahayakan mu pada hari kiamat.