Takdir adalah seperti ditentukan Allah swt iaitu qada dan qadar. Sekiranya kita ditimpa sesuatu musibah ianya adalah takdir Tuhan. Tetapi terfikirkah anda kita boleh mengubah nasib kita selepas ditimpa musibah. Bermaksud, nasib yang bakal kita lalui boleh dirancang dan dianggarkan sekiranya kita bersedia.
Ini bukanlah marketing atau iklan untuk promosi. Tetapi sebagai sesuatu untuk berkongsi bersama, bagaimana keluarga boleh memperoleh sumber kewangan yang kukuh sekiranya sesuatu yang buruk t...
Takdir adalah seperti ditentukan Allah swt iaitu qada dan qadar. Sekiranya kita ditimpa sesuatu musibah ianya adalah takdir Tuhan. Tetapi terfikirkah anda kita boleh mengubah nasib kita selepas ditimpa musibah. Bermaksud, nasib yang bakal kita lalui boleh dirancang dan dianggarkan sekiranya kita bersedia.
Ini bukanlah marketing atau iklan untuk promosi. Tetapi sebagai sesuatu untuk berkongsi bersama, bagaimana keluarga boleh memperoleh sumber kewangan yang kukuh sekiranya sesuatu yang buruk terjadi.
Bagaimana merancang??
Terfikirkah anda sekiranya apa-apa musibah yang berlaku kepada anda, apakah yang anda tinggalkan kepada isteri / suami dan anak-anak?
Pilihan 1: Anda menyimpan RM 100 di bank
Pilihan 2: Anda menabung RM 100 di Operator Takaful
Sekiranya musibah @ kemalangan berlaku kepada anda dalam masa lima tahun dan menyebabkan kematian @ keilatan(kecacatan), bagaimanakah nasib isteri / suami dan anak-anak? Bandingkan...
Pilihan 1: Wang ditinggalkan = RM100 x 12 x 5
= RM6000
Pilihan 2: Wang ditinggalkan = RM100 x 12 x 5
= RM6000 + Manfaat
Umur *Manfaat
20-24 RM 81030 hingga RM 84805
25-29 RM 70589 hingga RM 79630
30-34 RM 54445 hingga RM 65570
35-39 RM 39658 hingga RM 51260
40-44 RM 27726 hingga RM 37027
45-49 RM 19032 hingga RM 25740
*Berdasarkan Pelan Mesra Etiqa Takaful
Menurut pandangan kalian, apakah pilihan yang akan anda buat? Saya pasti anda akan membuat pilihan yang bijak.
Apa kelebihan menabung di Takaful:
-
Amal Jariah - Anda boleh menabung sambil melakukan amal jariah. Kosep Takaful adalah konsep takafala iaitu saling bantu membantu. Tabungan anda dipecahkan kepada 2 iaitu sebanyak 80% untuk simpanan anda manakala 20% untuk Tabung Kumpulan Peserta. Tabungan Kumpulan Peserta inilah yang akan digunakan untuk membantu peserta-peserta lain yang ditimpa musibah.
-
Berlandaskan hukum syarak - Takaful adalah jauh dari unsur-unsur gharar(ketidakpastian), maisir(judi) dan riba. Operator-operator takaful di Malaysia diawasi olej Majlis Pengawasan Syariah di ketuai oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak. Bermaksud, wang-wang peserta dilaburkan di tempat-tempat yang dijamin halal pelaburannya.
-
Sistem kewangan Islam - Takaful adalah sistem kewangan Islam dimana ia menggantikan Insurans yang mengandungi unsur-unsur gharar, maisir dan riba. Oleh itu perlu diingatkan Takaful TIDAK SAMA dengan Insurans.
Sebagai umat Islam, siapa lagi yang akan menyokong sistem kewangan Islam melainkan umatnya.
Fikirkan Sejenak:
-
Jumlah orang yang terlibat dalam rancangan Bersamamu?
-
Jumlah orang yang meminta bantuan perubatan di akhbar-akhbar?
-
Jumlah orang yang hidup menderita setelah kematian orang yang menyumbang kepada ekonomi keluarga?
Siapakah meraka? - Melayu, Islam
Seperti saya katakan tadi, takdir telah ditentukan tetapi nasib masih boleh diubah sekiranya anda membuat persediaan dan merancang.
Syarikat @ Operator Takaful di Malaysia: (Sumber BNM)
1.CIMB Aviva Takaful
2.Etiqa Takaful
3.Hong Leong Tokio Marine Takaful
4.HSBC Amanah Takaful
5.MAA Takaful
6.Prudential BSN Takaful
7.Syarikat Takaful Malaysia
8.Takaful Ikhlas
Saya sarankan anda semua untuk menabung bersama Takaful dan memantapkan sistem kewangan diri anda serta sitem kewangan umat Islam keseluruhannya. Pergilah kemana-mana syarikat atau operator dimana anda fikirkan pakej dan pelan yang disediakan adalah sesuai untuk anda.
Hubungi saya untuk penerangan mengenai pelan yang ada di dalam Etiqa Takaful - 0192633670 (Kuala Lumpur, Selangor, Batu Pahat, Yong Peng, Kluang, Muar)
Tuhan Masih Menyayangi Diri Ini