Pergi ke Ayat
Sedang

Surah An-Nahl (النحل)

128 ayat • Makkiyah

{س} وَقَالَ اللّهُ لاَ تَتَّخِذُواْ إِلـهَيْنِ اثْنَيْنِ إِنَّمَا هُوَ إِلهٌ وَاحِدٌ فَإيَّايَ فَارْهَبُونِ
Melayu: Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
English: Allah hath said : Choose not two gods . There is only One God . So of Me , Me only , be in awe .
中文: 真主说:“你们不要崇拜两个主宰,应受崇拜的,只是一个主宰。所以你们应当只畏惧我。”
وَلَهُ مَا فِي الْسَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَهُ الدِّينُ وَاصِباً أَفَغَيْرَ اللّهِ تَتَّقُونَ
Melayu: Dan bagiNyalah (hak milik) segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepadaNya sahaja tertentu ibadat dan ketaatan selama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah.
English: Unto Him belongeth whatsoever is in the heavens and the earth , and religion is His for ever . Will ye then fear any other than Allah?
中文: 天地万物只是他的,顺从常常只归于他。难道你们舍真主而敬畏他物吗?
وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ اللّهِ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْأَرُونَ
Melayu: Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.
English: And whatever of comfort ye enjoy , it is from Allah . Then , when misfortune reacheth you , unto Him ye cry for help .
中文: 凡你们所享受的恩惠都是从真主降下的。然后,当你们遭难的时候,你们只向他祈祷。
ثُمَّ إِذَا كَشَفَ الضُّرَّ عَنكُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنكُم بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ
Melayu: Kemudian, apabila Ia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.
English: And afterward , when He hath rid you of the misfortune , behold! a set of you attribute partners to their Lord ,
中文: 然后,当他解除你们的患难的时候,你们中有一部分人,立刻以物配他们的主,
لِيَكْفُرُواْ بِمَا آتَيْنَاهُمْ فَتَمَتَّعُواْ فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ
Melayu: (Mereka melakukan yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat yang kami berikan kepada mereka. Oleh itu, bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia), kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk yang akan menimpa kamu).
English: So as to deny that which We have given them . Then enjoy life ( while ye may ) , for ye will come to know .
中文: 以致辜负他所赏赐他们的恩惠,你们享受吧。不久你们就要知道了。
وَيَجْعَلُونَ لِمَا لاَ يَعْلَمُونَ نَصِيباً مِّمَّا رَزَقْنَاهُمْ تَاللّهِ لَتُسْأَلُنَّ عَمَّا كُنتُمْ تَفْتَرُونَ
Melayu: Dan mereka (yang musyrik itu) menentukan untuk keperluan benda-benda yang mereka tidak mengetahui hal keadaannya, sebahagian dari harta-benda yang kami kurniakan kepada mereka. Demi Allah! Sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu ada-adakan secara dusta itu.
English: And they assign a portion of that which We have given them unto what they know not . By Allah! but ye will indeed be asked concerning ( all ) that ye used to invent .
中文: 我所供给他们的财产,他们以其中的一部分去供奉那些无知的(偶像)。指真主发誓,关于你们所捏造的(事物),你们必受审问。
وَيَجْعَلُونَ لِلّهِ الْبَنَاتِ سُبْحَانَهُ وَلَهُم مَّا يَشْتَهُونَ
Melayu: Dan mereka mengatakan Allah mempunyai anak-anak perempuan. Maha Suci Ia. Sedang bagi mereka pula mereka sediakan apa yang mereka sukai (anak-anak lelaki).
English: And they assign unto Allah daughters . Be He glorified! and unto themselves what they desire ;
中文: 他们以女儿归真主--赞颂真主,超绝万物--而以他们所愿望的归自己。
وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِالأُنثَى ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدّاً وَهُوَ كَظِيمٌ
Melayu: Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.
English: When if one of them receiveth tidings of the birth of a female , his face remaineth darkened , and he is wroth inwardly .
中文: 当他们中的一个人听说自己的妻子生女儿的时候,他的脸黯然失色,而且满腹牢骚。
يَتَوَارَى مِنَ الْقَوْمِ مِن سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ أَيُمْسِكُهُ عَلَى هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ أَلاَ سَاء مَا يَحْكُمُونَ
Melayu: Ia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.
English: He bideth himself from the folk because of the evil of that whereof he hath bad tidings , ( asking himself ) : Shall he keep it in contempt , or bury it beneath the dust . Verily evil is their judgment .
中文: 他为这个噩耗而不与宗族会面,他多方考虑:究竟是忍辱保留她呢?还是把她活埋在土里呢?真的,他们的判断真恶劣。
لِلَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِالآخِرَةِ مَثَلُ السَّوْءِ وَلِلّهِ الْمَثَلُ الأَعْلَىَ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Melayu: Bagi mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, sifat yang buruk, dan bagi Allah jualah sifat yang tertinggi; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
English: For those who believe not in the Hereafter is an evil similitude , and Allah ' s is the Sublime Similitude . He is the Mighty , the Wise .
中文: 不信后世者,有恶例;真主有典型。他确是全能的,确是至睿的。